Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik NUR MUZFIRAH BT ABDUL MUNIF kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini.
Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Muzfirah telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Najlaa.
Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Muzfirah berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-56 hanya dalam masa 2 TAHUN 2 BULAN sahaja.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Muzfirah serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.
🌹31 DIS 2022 – 21 MAC 2025
P/s : InsyaAllah esok seorang pelajar lagi akan khatam. Doakan anak² terus istiqamah dengan Al Quran. 🤲🏻