Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik KHAIRUNISA HANISAH BT MOHD IZUAN kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari sabtu 15 Mac 2025.
Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Khairunisa telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Afiqah.
Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik khairunisa berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-55.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Khairunisa serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.
🌹17 JULAI 2022 – 15 MAC 2025
P/s : InsyaAllah lagi 2 orang pelajar akan khatam minggu ini. Doakan anak² terus istiqamah dengan Al Quran. 🤲🏻