Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik NURUL ALIYA BINTI AREERAN kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini.
Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Aliya telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Alya.
Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Aliya berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-57 hanya dalam masa 1 TAHUN sahaja.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Aliya serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.
🌹27 FEB 2024 – 22 MAC 2025
P/s : InsyaAllah 12 orang pelajar lagi akan khatam tahun ini. Doakan anak² terus istiqamah dengan Al Quran. 🤲🏻