PENGAJIAN HAFIZAH

Syarat kemasukan

Tempoh Pengajian

  • Berumur dari 13 – 17 tahun (bergantung kelancaran bacaan).
  • Mempunyai rekod akhlak yang baik dari pusat pengajian yang lepas.
  • Bersedia mematuhi peraturan & disiplin yang ditetapkan madrasah.
  • Mendapat keizinan daripada ibubapa/penjaga.
  • Berminat nak menghafal Al-Quran.
  • Kerelaan sendiri (bukan paksaan ibubapa)
  • Bersedia menghadapi tekanan ketika tempoh menghafal.
  • Bersedia ditarbiah cara madrasah. 
  • Berkeinginan yang kuat untuk khatam 30 juzuk.

*Tawaran kemasukan adalah tertakluk kepada keputusan temuduga & juga kekosongan tempat.

  • Untuk pelajar yang kurang lancar bacaannya akan diperlancarkan dahulu oleh guru selama 1 tahun. (Bergantung kepada individu).
  • Target untuk pelajar berjaya menghafal 30 juz adalah selama 3 tahun.
  • Seterusnya mengambil Syahadah selama 1 tahun.
  • Hala tuju selepas tamat pengajian boleh rujuk dalam HALA TUJU PELAJAR diruangan UTAMA.
 
*Tempoh pengajian bergantung kepada kemampuan individu. 

Pendidikan Kitab

Peperiksaan

Setiap tahun akan menggunakan kitab-kitab yang berbeza bergantung pada keputusan peperiksaan. Selama 1 tahun, peperiksaan akan diadakan sebanyak 2 kali (bergantung kepada taqwim)

  • Peperiksaan pertengahan tahun
  • Peperiksaan akhir tahun
*Bagi pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun akan diraikan dalam majlis Anugerah kecemerlangan akhir tahun.

JADUAL & CUTI MADRASAH

Jadual Harian

Outing & Cuti

  • Kelas setiap hari Isnin hingga sabtu tengahari sahaja. 
  • Bangun jam 4.30 pagi
  • Qiamulail  
  • Kelas saba jam 5.15 pagi hingga subuh 
  • Solat subuh berjemaah dan bacaan surah penting berjemaah. 
  • Kelas Para Saba selepas subuh hingga jam 7.30 pagi. 
  • Rehat sarapan & khidmat jam 7.30 pagi – 8.30 pagi. 
  • Kelas kitab jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi. 
  • Kelas sambungan Para saba jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.
  • Rehat kendiri & makan tengahari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
  • Qailullah jam 12.30 tengahari hingga 1.40 tengahari. 
  • Solat zohor berjemaah jam 1.50 petang 
  • Kelas mokhtar jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. 
  • Solat asar berjemaah
  • Rehat kendiri, khidmat & makan malam. 
  • Kelas ulangan sendiri jam 6.30 petang hingga magrib. 
  • Solat magrib berjemaah & bacaan surah penting.
  • Sambungan kelas ulangan sehingga jam 9.00 malam 
  • Solat Isya’ berjemaah. 
  • Taqlim 
  • Rehat kendiri 
  • Tidur malam jam 10.30 malam.  
  • Bermula hari sabtu jam 11.30 tengahari cuti kelas sehingga ahad 6.30 petang. 
  • Selain hari kelas seperti sabtu ahad, pelajar akan mengisi masa dengan program mingguan seperti riadah mahabbah, kemahiran, sukan atau memanah. 
  • Outing pada hari Ahad sahaja. Sebulan sekali ( bergantung pada Taqwim ) bermula dari jam 9 pagi – 6 petang. 
  • Bagi pelajar capai target bulanan akan dibenarkan balik bermalam bermula sabtu (selepas jam 2.00 petang) hingga ahad pada minggu outing. 
  • Pelajar dibenarkan menggunakan telefon madrasah yang telah disediakan pada minggu OUTING sahaja. 
  • Pelajar pulang lewat dari outing atau cuti yang ditetapkan akan dikenakan tindakan disiplin seperti tidak dibenarkan outing akan datang atau berkaitan. 
  • Tidak ada ziarah yang dibenarkan selain daripada hari outing.
  • Madrasah akan bercuti 3 kali setahun dan bergantung pada takwim
  • Cuti panjang seperti cuti Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan diberitahu kepada ibu/bapa secara bertulis.
  • Cuti kecemasan atau sakit hendaklah melampirkan surat pengesahan dari klinik/hospital (MC). Jika pelajar cuti tanpa kebenaran dari pihak madrasah, pelajar akan dikira melanggar peraturan madrasah. 
  • Selain cuti madrasah, ibu bapa/penjaga hendaklah menyediakan surat untuk pihak madrasah menilai alasan-alasan yang diberikan sekurangnya seminggu sebelum tarikh permohonan. 
  • Cuti kematian hanya dibenarkan dikalangan kerabat terdekat sahaja, seperti Ibu, ayah, atuk, nenek, adik beradik, adik beradik ibu atau ayah sahaja. 
  • Cuti majlis perkahwinan hanya dibenarkan dikalangan kerabat terdekat sahaja seperti adik beradik. Majlis pertunangan tidak dibenarkan cuti. 
  • Cuti umrah hanya dibenarkan bagi pelajar telah khatam sahaja ( sekiranya belum ambil cuti khatam ). 
  • Pelajar khatam akan diberikan cuti khatam selama seminggu selepas khatam & cuti khatam 2 minggu bagi pelajar khatam syahadah. 
  • Cuti yang disenaraikan atau tanpa sebab munasabah perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak madrasah dahulu. Cuti TANPA KEBENARAN dari pihak madrasah adalah tidak dibenarkan. 

Tindakan & Hukuman

Program Mingguan & Kemahiran

    • Setiap pelajar ada target hafalan Juzuk yang diberikan, jika pelajar tidak capai target selama 1 tahun, ibu bapa akan dipanggil untuk berbincang.
    • Setiap pelajar adalah terikat dengan undang-undang madrasah.
    • Kesalahan yang tidak tersenarai, pihak madrasah berhak membuat keputusan yang sewajarnya untuk disiplin pelajar.
    • Apabila pelajar kerap melakukan kesalahan yang sama, pelajar akan diberikan amaran dan kauseling. 
    • Jika kerap pelajar melakukan kesalahan, ibubapa akan dipanggil untuk berbincang.
    • Pelajar yang pulang tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak madrasah, akan diberhentikan serta-merta. 
    • Pihak madrasah BERHAK memberhentikan pelajar yang melakukan kesalahan serius yang tidak tersenarai. 
    • Pelajar yang mempunyai masalah gangguan seperti histeria, kerasukan atau berkaitan akan diberhentikan serta merta. 
  • Kelab sukan seperti badminton, bola jaring dan memanah seminggu sekali
  • Kemahiran sebulan sekali pada setiap minggu akhir setiap bulan. (bergantung pada taqwim)
  • Riadah mahabbah bersama semua pelajar setiap pagi ahad. 
  • Kelab memanah bergantung kepada penyertaan berbayar pelajar. ( bukan semua pelajar )

PERHATIAN!!!
Bagi pelajar yang melarikan diri dari madrasah, walaupun baru daftar masuk, sekiranya masih ingin meneruskan pengajian dimadrasah, ibubapa hendaklah membayar pendaftaran seperti pelajar baru. Sekiranya perkara sama berulang sebanyak tiga kali, maka ibubapa/penjaga diminta hadir ke madrasah untuk berbincang bagi tindakan yang seterusnya.

YURAN KESELURUHAN

  • Yuran hendaklah dijelaskan sebelum pelajar masuk madrasah.
  • Yuran bulanan hendaklah dijelaskan pada setiap minggu pertama.
  • Setiap pelajar dikehendaki membayar yuran tahunan setiap awal tahun untuk keperluan pelajar sepanjang setahun.
  • Segala pembayaran yuran yang sudah dibayar TIDAK AKAN DIPULANGKAN JIKA TUAN/PUAN MENARIK DIRI.

*Tujuan yuran dikenakan adalah untuk membiayai sebahagian kos penggunaan eletrik, air, internet, kos pentadbiran, pembelajaran & peperiksaan, aktiviti pelajar. Sebahagian peruntukan dikenakan kepada pelajar akan digunakan sebagai saguhati kepada tenaga pengajar. 

*Elakkan mendaftarkan anak sekiranya anda tidak dapat memberikan komitmen untuk membayar yuran bulanan, kerana ianya akan menyukarkan pengurusan madrasah dimasa akan datang. 

SIJIL KHATAM ( PENTING )

Sijil khatam hafalan 30 juzuk akan diberikan selepas pelajar membuat ulangan 1 hari 10 juzuk bersama pentasmik yang dilantik madrasah. 

Sijil syahadah 30 juzuk akan diberikan selepas pelajar habis tempoh khidmat paling kurang 6 bulan.

Bersedia menghadapi tekanan untuk capai target hafalan