Menghafal Al-Quran serta memahaminya untuk diamalkan dan disampaikan. Mempelajari ilmu syariah yang suci, serta mentahqiq (memantapkan) ilmu, melalui cara yang diwarisi turun temurun dari Salafussoleh, disamping menggunakan kaedah-kaedah moden yang bermanfaat dan dikaitkan dengan amal.
SULUK
Pembersihan jiwa dengan ikhlas, taubat, kashyah (takut kepada Allah), zuhud, wara’, penyucian hati dan PEMBENTUKAN AKHLAK yang dibantu oleh zikir pagi petang dengan hadis yang warid dari Rasulullah Saw.
DAKWAH
Menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah disamping menanam semangat dakwah didalam diri dan jiwa pelajar.
MISI
Menyemai pusaka Baginda Rasulullah Saw (Ilmu) didalam jiwa-jiwa yang akan menyebarkannya.