Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik NUR FARZANA IZWANI BT MOHD MAZNI kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini 14 Jan 2025.
Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Farzana telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya hari ini iaitu Ustazah Alya.
InsyaAllah Adik Farzana akan meneruskan ulangan dan proses syahadahnya.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Farzana serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.
🌹2 APRIL 2022 – 14 JAN 2025
P/s : InsyaAllah lagi 17 orang pelajar target khatam 2025. Doakan anak² terus istiqamah dengan Al Quran. 🤲🏻