KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

PELAJAR KHATAM PENUTUP TAHUN 2024

🌷 Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Allah Swt atas kejayaan 2 orang pelajar khatam hafazan 30 Juzuk Al Quran pada hari ini.

TAHNIAH diucapkan kepada Adik NUR QISTINA WAFA BT FARIZAL & SAIYIDAH NAFISAH BT ANNUAR kerana berjaya menobatkan diri mereka Hafizah yang ke 52 & 53 di Mtaum.

Berkat ISTIQAMAH dan diiringi kesabaran yang tinggi, mereka meneruskan hafalan sehingga berjaya hari ini. InsyaAllah mereka berdua akan meneruskan ulangan dan proses syahadah.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Wafa & Adik Nafisah dan terus Istiqamah dengan Al Quran.

🌹28 DISEMBER 2024

P/s : InsyaAllah tahun 2025 hampir 17 orang pelajar TARGET KHATAM & 10 orang TARGET SYAHADAH. Doakan anak² semoga terus istiqamah sehingga berjaya InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *