KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

50 PELAJAR HAFIZAH TELAH BERJAYA KHATAM

🌷 KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik WAN ASMAK BT ASMEE kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada 11 DIS 2024.

Tanpa putus asa, adik Asmak tetap meneruskan hafalannya sehingga khatam dan menobatkan dirinya Hafizah yang ke-50 di Mtaum. InsyaAllah Adik Asmak akan meneruskan ulangan dan proses syahadahnya.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Asmak dan terus Istiqamah dengan Al Quran.

🌹7 MAC 2021-11 DIS 2024

P/s : Doakan InsyaAllah adiknya Asmak akan khatam juga minggu depan. Semoga dipermudahkan InsyaAllah. 🤲🏻

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *