Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik WAN ASHIKIN BT ASMEE kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada 23 DIS 2024.
Dengan berkat ISTIQAMAHnya, adik Ashikin meneruskan hafalannya sehingga khatam dan menobatkan dirinya Hafizah yang ke-51 di Mtaum. InsyaAllah Adik Ashikin akan meneruskan ulangan dan proses syahadahnya.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Ashikin dan terus Istiqamah dengan Al Quran.
🌹7 MAC 2021-23 DIS 2024
P/s : Doakan InsyaAllah seorang lagi pelajar akan khatam Jumaat ini. Semoga dipermudahkan InsyaAllah. Penutup bagi tahun tahun 2024 🤲🏻