KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

KHATAM SYAHADAH HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Seawal jam 6.30 pagi pada hari Sabtu bersamaan 20 Disember 2025, adik Wan Shahidah Sumaiyah Asiah Binti Wan Ainuddin Hilmi memulakan imtihan syahadahnya 30 juzuk selama 2 hari dan berjaya khatam syahadahnya pada 21 Disember 2025 jam 9.00 malam yang ditasmik oleh Mudirah Ustazah Aishah.

Beliau mengambil masa mengulang syahadah hanya dalam tempoh 1 tahun 3 bulan sahaja sehingga beliau berjaya menobatkan dirinya pelajar syahadah ke-17 MTAUM.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Sumaiyah. Barakallahufikum..

🌹 21 Sept 2024 – 21 Dis 2025

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *