KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

KHATAM SYAHADAH HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Seawal jam 6.30 pagi semalam bersamaan 18 Disember 2025, adik Ainul Mardhiah Binti Saiful Apandi memulakan imtihan syahadahnya 30 juzuk selama 2 hari dan berjaya khatam syahadahnya pada hari ini jam 4.10 petang yang ditasmik oleh Mudirah Ustazah Aishah.

Beliau mengambil masa mengulang syahadah hanya dalam tempoh 1 tahun 11 bulan sahaja sehingga beliau berjaya menobatkan dirinya pelajar syahadah ke-16 MTAUM.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Ainul Mardhiah. Barakallahufikum..

🌹 22 Dis 2023 – 19 Dis 2025

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *