KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

🌷 *KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN*

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik *SAFIYAH ADAWIYYAH BINTI MOHD HAFIZ* kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran hari ini bersamaan dengan 16 April. 

Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Safiyah telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Alya. 

Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Safiyah berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-69 hanya dalam masa *5 Bulan sahaja*. 

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini. 

Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Safiyah serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah. 

🌹2 NOV 2025 – 16 APRIL 2026

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *