Seawal jam 2:15 petang hari Selasa bersamaan 19 Mei 2026, adik Nur Kamilia binti Abdul Aziz memulakan imtihan syahadahnya 30 juzuk selama 2 hari dan berjaya khatam syahadahnya pada 20 Mei 2026 jam 6.00 petang yang ditasmik oleh Mudirah Ustazah Aishah.
Adik Kamilia mengambil masa mengulang syahadah hanya dalam tempoh 1 tahun 7 bulan sahaja sehingga beliau berjaya menobatkan dirinya pelajar *syahadah ke-19 MTAUM*.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan Adik Kamilia dan terus Istiqamah dengan Al quran. Barakallahufikum..