Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik WAN ALYA MAISARAH BINTI WAN ZAKARIA kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini bersamaan dengan 24 Oktober.
Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Wan Alya telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Alya.
Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Wan Alya berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-74 hanya dalam masa 3 Tahun 11 Bulan sahaja.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Wan Alya serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.