KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

🌷 KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik SITI HAJAR BINTI SHAHARMAN kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran 21 November semalam.

Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Hajar telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Alya.

Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Hajar berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-64 hanya dalam masa 5 Tahun 2 Bulan sahaja.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Hajar serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.

🌹13 SEPT 2020 – 21 NOV 2025

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *