KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

🌷 KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik ROSSA DAMIA BINTI MOHD HUSRI kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini bersamaan dengan 16 Oktober.

Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Rossa telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Rumaisha.

Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Rossa berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-72 hanya dalam masa 3 Tahun 11 Bulan sahaja.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Rossa serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.

🌹5 Nov 2022 – 16 Oktober 2026

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *