Seawal jam 5.00 pagi, adik Puteri Fathiah binti Mohd Rafae memulakan imtihan syahadahnya 30 juzuk dan berjaya khatam syahadahnya pada 21 Mei 2026 jam 5.00 petang yang ditasmik oleh Mudirah Ustazah Aishah.
Beliau mengambil masa mengulang syahadah hanya dalam tempoh 11 bulan sahaja sehingga beliau berjaya menobatkan dirinya pelajar *syahadah ke-20 MTAUM*.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Fathiah. Barakallahufikum..