KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL QURAN

KHATAM SYAHADAH HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Seawal jam 5.00 pagi pada 28 Ogos, adik Siti Khairunnisa memulakan imtihan syahadahnya 30 juzuk dan berjaya khatam syahadahnya jam 8.49 malam.

Beliau mengambil masa mengulang syahadah hanya dalam tempoh 1 Tahun 1 Bulan sahaja sehingga beliau berjaya menobatkan dirinya pelajar syahadah ke-14 MTAUM.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Siti Khairunnisa. Barakallahufikum..

🌹 29 Jun 2024 – 28 Ogos 2025

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *