Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik NURUL NAJWA BT ZAMRI kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran 30 Jun semalam.
Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Najwa telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Alya.
Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Najwa berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-61 hanya dalam masa 2 Tahun 5 Bulan sahaja.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Najwa serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.