Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik NUR DYANI ZAFIRAH BT MOHD RIZAL kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada JUMAAT lepas.
Setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha ISTIQAMAHnya, adik Dyani telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Najlaa.
Berkat doa IbuBapa dan Gurunya, adik Dyani berjaya bergelar Al Hafizah di Mtaum yang ke-58 hanya dalam masa 2 TAHUN 10 BULAN sahaja.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Dyani serta diberi kekuatan untuk terus Istiqamah menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup hingga akhir hayat dan menyebarkan warisan Nabawiyyah.
🌹10 JUN 2022 – 25 APR 2025
P/s : InsyaAllah 10 orang pelajar lagi akqn khatam tahun ini. Doakan anak² terus istiqamah dengan Al Quran. 🤲🏻