KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN SERENTAK 2 SAHABAT
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Swt dan TAHNIAH kepada Adik Nur Nisa Batrisyia & Adik Puteri Auni Maisarah kerana telah berjaya mengkhatamkan 30 Juzuk Al Quran hari ini dan menobatkan mereka Al Hafizah di Mtaum.
Berkat doa IbuBapa dan Guru mereka, keduanya telah berjaya khatam hafazan 30 Juz Al Quran secara musyafahah dihadapan guru tasmiknya iaitu Ustazah Alya.
TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa mereka, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.
Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada mereka. Dan terus istiqamah dengan Al Quran.
🌹 27 Sept 2025
P/s : InsyaAllah lagi beberapa pelajar target khatam dalam masa terdekat. Doakan anak² dipermudahkan InsyaAllah.